Tahun Baru
January 9th, 2008
Originally uploaded by Firdaus Ibnu Ariff
Tahun baru Hijrah akan menjelang tiba, dan tahun 2008 sudah masuk hari ke-9. Merenung kembali tahun 2007 rasanya bagai tidak percaya berada di kalangan penulis dan menyiapkan satu novel serta dua cerpen tersiar. Juga ramai kenalan baru yang dikenali sepanjang tahun lepas. Tidak lupa juga dengan pertemuan dengan tokoh-tokoh sastera negara.
Apakah sasaran penulisan tahun ini?
- Menyiapkan empat buah buku
- Menulis dua belas cerpen
- Menulis dua belas artikel untuk majalah
Saya perlukan sokongan dari rakan-rakan dan pembaca sekalian, setiap hujung bulan sila tanyakan apakah hasil karya terbaru saya!
4 Responses to “Tahun Baru”
Leave a Reply





woww…saya sedang cuba ‘menembusi’ benteng editor Milenia Muslim dengan satu artikel sains terbaru..masih gagal!..boleh saudara Firdaus bantu?..
Saya boleh bantu dengan memberi emel editor yang berkenaan, itu sahaja. Saya sendiri cuma tersiar surat pembaca setakat ini. Mana tahu saya ada menulis ke Milenia Muslim?
Emel itu lah yang saya maksudkan..Nama saudara Firdaus kerap muncul di ruangan surat pembaca setiap kali saya baca majalah Milenia Muslim dan majalah ini juga menjadi kegemaran saya setiap bulan.
All the best in your writings! have a good year ahead, insyaAllah~!