Concept Art: Komando 2069

Jika sebelum ini anda hanya dapat membaca cerpen Komando 2069, kini dipersembahkan concept art untuk siri ini. Ilustrasi di atas adalah hasil kreativiti Saudara Riza berdasarkan teks cerpen versi mBook. Gambar atas adalah ekso-sut yang dipandu Azmeer dalam konfigurasi asas dan di bawah pula dikonfigurasi bersama pod jet mobiliti.
Mengikut perancangan, Komando 2069 akan dijadikan siri mBook tetapi masih belum selesai prosedurnya. Tambah pula dengan ujian-ujian pertengahan semester yang menjelang membuatkan saya sedikit sibuk. Nanti akan saya upload lagi lakaran-lakarannya.
Nota: Saudara Riza memang seorang illustrator sepenuh masa maka silalah menghubungi beliau jika memerlukan illustrasi.
Filed under Cerpen, Fiksyen Sains, Hakcipta, Konsep, Malaysia, Robot | Comments (9)Eksklusif: Reaksi Pak Samad
Ikuti kenyataan Pak Samad tentang isu pemilihan teks KOMSAS dalam video di atas. Baca isu ini lebih lanjut di laman web berikut:
Berita Harian
Nisah Haron
Universiti PTS
Bakal Terbit!

Kerajaan Angkor menemui kapal udara bernama Garuda lalu digunakan untuk menyerang Empayar Nilam. Engku Rahman, Gabenor Wilayah Qadaha telah diculik dan dijadikan tebusan. Kerajaan Angkor mengugut untuk membunuh Engku Rahman sekiranya gagal untuk memenuhi permintaan mereka dalam masa sebulan.
Permintaan mereka: Rajawali Merah dan Rajawali Biru
Putera Fauzi dan pasukannya memulakan misi mencari kedua-dua kapal udara ciptaan Adinila itu. Namun, mereka mempunyai muslihat lain untuk menyelamatkan Engku Rahman.
Berjayakah mereka dalam misi itu?
Dijangka siap dicetak 25 Januari 2005 2008!
Awang Goneng di UIAM

Alhamdulillah, program Bicara Buku Growing Up in Trengganu berjalan dengan lancar semalam. Terima kasih kepada Awang Goneng a.k.a En. Wan Hulaimi berkongsi ilmu dengan kami dengan UIAM selama sejam. Sambutan juga amat menggalakkan dan peserta yang hadir memenuhi Bilik Seminar.
Awang Goneng menjawab mengapa beliau menulis GUiT Dalam Bahasa Inggeris
Sungguhpun Growing Up in Trengganu dianggap bersifat lokal, tetapi nilai-nilai Islam yang dibawa bersifat universal dan merentas budaya. Seorang pelajar dari Bosnia mengatakan bahawa dia boleh duduk seharian mendengar Awang Goneng bercerita.

Setinggi-tinggi penghargaan buat Dr. Norbaiduri dan Dr. Azmuddin dari Jabatan Komunikasi kerana mendokong program ini agar menjadi kenyataan. Selalunya, birokrasi memerlukan masa 21 hari daripada cadangan kepada pelaksanaan program tetapi kami berjaya melepasi halangan tersebut.
Selepas ini, panggil siapa pula ya?
Nota: En. Roslan, terima kasih kerana datang mewakili PTS. ![]()
Tahun Baru
Originally uploaded by Firdaus Ibnu Ariff
Tahun baru Hijrah akan menjelang tiba, dan tahun 2008 sudah masuk hari ke-9. Merenung kembali tahun 2007 rasanya bagai tidak percaya berada di kalangan penulis dan menyiapkan satu novel serta dua cerpen tersiar. Juga ramai kenalan baru yang dikenali sepanjang tahun lepas. Tidak lupa juga dengan pertemuan dengan tokoh-tokoh sastera negara.
Apakah sasaran penulisan tahun ini?
- Menyiapkan empat buah buku
- Menulis dua belas cerpen
- Menulis dua belas artikel untuk majalah
Saya perlukan sokongan dari rakan-rakan dan pembaca sekalian, setiap hujung bulan sila tanyakan apakah hasil karya terbaru saya! ![]()


