Akan Datang!
Semasa menghantar pruf ke PTS tempoh hari, terlihat En. Hisham sedang sibuk menyiapkan kulit
novel Opera Angkasa. Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains pertama terbitan PTS. Tabik dan tahniah buat Pn. Ainon, Mat Jan (Editor) dan tentu sekali penulisnya Nazri. Tidak sabar rasanya hendak membeli novel ini!
![]()
Sementara itu pula, Saudara Azrul juga telah menyiapkan novel Galaksi Muhsinin. Manuskripnya sedang saya baca kerana kami akan bekerjasama untuk projek Game Book PTS-Metadome, Insya-Allah. Apa kandungannya? Itu terpaksa zip mulut dan blog sebab spoiler pula nanti.
Komando 2069 telah saya panjangkan kepada 10 muka surat untuk mBook. Beberapa perubahan besar telah dibuat berbanding cerpen asal, dengan penambahan satu watak baru. Saya merancang untuk menjadikan Komando 2069 sebagai siri mBook, sudah cukup siri nanti tukar jadi novel pula. Di sini disertakan saya sertakan gambar mock mBook.

Filed under Fiksyen Sains, Malaysia, Penulisan |
2 Responses to “Akan Datang!”
Leave a Reply




Salam,
Tahniah saudara bertiga (Nazri, Firdaus dan Azrul). Sudah jauh di hadapan nampaknya. Saya baru sahaja hantar proposal/sinopsis.
Terima kasih atas promosi secara tidak langsung ini :P.
Sayap Kristal juga bakal terbit bulan sedikit masa lagi bukan? Sama-samalah kita menaikkan genre fiksyen-sains dan fantasi Malaysia.
Haha…