Anugerah
Tanpa disangka-sangka, blog ini telah memenangi anugerah Blog Baru Terbaik 2007 dari Geng Jurnal. Malangnya, saya sendiri tidak hadir untuk menerima anugerah dari pihak penganjur. Semasa majlis itu berlangsung, saya dan Syarafuddin ke Bangsar untuk menghadiri program Reading at Seksan.
Komen Tok Rimau:
Blog Baru Terbaik
Studio Inspirasi
Baru lahir sudah pandai baca kitab. Ini memalukan sesetengah veteran blogger. Tapi adakah ia akan istiqamah? Kita tunggu dan lihat tahun hadapan.
Komen Tok Rimau itu saya ambil sebagai dorongan dan cabaran untuk memantapkan lagi diri dalam dunia penulisan. Terima kasih banyak-banyak kepada juri; Tok Rimau & Rudy Bluehikari kerana memilih blog ini. Penghargaan khas buat Pn. Ainon kerana memberi saya idea untuk memulakan blog ini serta rakan-rakan penulis dan pembaca yang menyokong blog ini.
Selamat Tahun Baru!
Filed under Malaysia | Comments (4)Inspirasi Dari Quran
Dalam membuat penyelidikan untuk karya fantasi dan fiksyen sains saya terpanggil untuk melihat kisah-kisah para rasul. Kerana fantasi dan fiksyen sains mempunyai elemen keajaiban maka rujukan yang paling hampir adalah kisah mukjizat para rasul. Antaranya ialah kisah Nabi Sulaiman a.s dan Nabi Musa a.s. Rujuk Surah Taha (20:9-79) dan Surah an-Naml (27:7-44). Ada beberapa persamaan antara dua kisah ini:
a) Ada unsur pertandingan, kuasa siapa lebih hebat. Dalam kisah Nabi Sulaiman a.s, apabila baginda meminta seseorang supaya membawa takhta Ratu Saba ke istananya Ifrit telah menawarkan untuk membawanya dalam masa yang singkat. Tetapi seorang hamba Allah yang alim pula mampu membawanya dalam sekelip masa.
Tentang Nabi Musa a.s pula, kita lihat kisah Nabi Musa a.s bertanding dengan ahli-ahli sihir. Kuasanya tampak sama, menukar objek menjadi ular. Namun begitu, mukjizat Nabi Musa a.s lebih hebat dan mampu menelan ular-ular yang lain.
b) Sentiasa bersyukur atas kuasa yang diberi. Kita dapat lihat bagaimana Nabi Musa dan Nabi Sulaiman bersyukur atas mukjizat yang diberi.
c) Kedua-duanya putera raja. Nabi Sulaiman a.s mewarisi takhta Nabi Daud a.s, Nabi Musa a.s pula menjadi anak angkat Firaun.
Kemudian, perincian pula tentang mukjizat Nabi Musa. Saya dapati bahawa diceritakan dengan jelas bagaimana mukjizat-mukjizat itu boleh digunakan.
i) Campak tongkat untuk menukarnya menjadi ular (20:70)
ii) Masukkan tangan melalui belahan dada baju untuk tangan yang putih bersinar-sinar. (27:12)
iii) Memukul laut untuk membelahnya menjadi dua (26:63)
Maka, mungkin konsep ini boleh digunakan untuk memperihalkan tentang alat atau senjata dalam karya-karya fantasi dan fiksyen sains.
Juga, digambarkan tentang istana Nabi Sulaiman (27:44) dan Firaun (43:51).
Filed under Animasi, Fantasi, Fiksyen Sains, Konsep, Malaysia, Penulisan | Comments (7)Konten Mobile Islamik
Sempena Aidil Adha, Flavert Media Lab dengan kerjasama Institusi Usrah MMU Cyberjaya telah menghasilkan e-Majalah untuk telefon bimbit. Sekiranya telefon bimbit anda mempunyai perisian Flash Lite, maka anda boleh install e-Majalah ni. Untuk keterangan lanjut, sila lawati laman ini. Tahniah kepada Nazri dan Yussamir kerana melakukan usaha murni ini!
Komikoo: Penerang Industri Komik Negara?
Baru-baru ini, ada dua majalah komik muncul dalam pasaran iaitu Powder dan Komikoo. Dengan tagline ‘Bukan Komik Main-main’, Komikoo memang mencuri perhatian. Tagline sedemikian membayangkan ada nilai dalam majalah ini, bukan untuk tujuan komersil semata-mata.
Apa yang dimuatkan dalam majalah ini? Ada enam komik panjang 8 halaman dan lima artikel serta beberapa lagi komik satu muka. Harganya pula? RM4 dan tiada sebarang iklan di dalamnya. Dengan mengambil kira kuantiti isi semata-mata, harga yang dikenakan memang berbaloi. Untuk melihat nilai, terus sahaja kepada artikel-artikel yang termuat dalam majalah ini.
Persinggahan pertama adalah artikel wawancara dengan Ben, bekas artis di Gempak Starz. Beliau pernah menang Anugerah Manga Antarabangsa dengan karyanya Le Gardenie. Dalam wawancara tersebut Ben menceritakan bagaimana beliau malu kerana tidak memegang hakcipta karyanya sendiri. Ben kebuntuan untuk menjawab apabila ditanya artis-artis luar negara - “Kenapa artis Malaysia tak dapat pegang hakcipta sendiri?”. Dalam hal ini, Komikoo harus dipuji kerana memperjuangkan perkara ini dan menghormati sepenuhnya hakcipta artis komik. Ada artikel di mStar yang menerumah Roy Ablah, Ketua Editor Komikoo tentang hakcipta.
Kemudian ke artikel Mencari Archetype Komik Tempatan - yakni mencari identiti dan idea segar komik tempatan. Ubder S. Iskandar mengimbas kembali tentang komik gemilang tempatan oleh karyawan generasi terdahulu seperti Periwira Mata Gila karya Rejabhad dan Mat Som karya Lat. Ubder kemudian mengkritik bahawa ramai karyawan tempatan sekarang terlalu dipengaruhi identiti komik Jepun dan Barat secara bulat-bulat. Beliau menekankan bahawa cerita adalah kekuatan sesuatu komik, bukan ilustrasi yang menarik semata-mata. Katanya, bagaikan gadis blonde yang bimbo - menarik pada awalnya tetapi akhirnya tetap menjemukan.
Artikel 12 pula mengutarakan apakah yang perlu dihadapi karyawan komik di Malaysia seperti:
1. Dipandang rendah dari semua aspek
2. Buat cerita humor atau cinta sahaja
3. Terima pembayaran yang murah lagi lambat
4. Lupakan erti hak cipta
5. Hadap segala macam penapisan
Penulisnya mengomel tentang penapisan, katanya adegan ganas tidak dibenarkan, adegan seksi pun jauh sekalilah dibenarkan. Fikir sejenak - adakah ini penting untuk mencipta komik beridentiti Malaysia? Le Gardenie karya Ben yang mendapat pengiktirafan antarabangsa adalah kisah cinta, tiada ganas, tiada seksi.

Kerama & Kudeta
Illustrasi dalam Komikoo memang cantik dan mempunyai stail tersendiri. Mahu sahaja dicadangkan kepada editor agar menggunakan khidmat mereka sebagai illustrator projek novel fiksyen sains dan fantasi. Namun, membaca Kerama, Kudeta, Ubermensch, Oh Superheroku dan Hikayat Sebuah Mitos tidak ditemui apakah cerita dan nilai yang mahu dibawa. Ya, mereka bebas melukis adegan ganas dan seksi tapi mutu ceritanya tidak seberapa.
Beberapa halaman yang dikhususkan untuk komik satu muka pula berbentuk humor. Ilustrasinya? Cantik dan menawan. Cerita? Biasa sahaja, sterotaip komik majalah lawak.
Sebagai kesimpulan, Komikoo harus dipuji kerana memperjuangkan golongan artis komik yang selama ini hilang harta intelek. Namun, diharap harta-harta intelek tempatan yang disiarkan Komikoo akan dapat meninggikan intelek pembaca di masa akan datang.
Filed under Hakcipta, Komik, Malaysia | Comment (1)Akan Datang!
Semasa menghantar pruf ke PTS tempoh hari, terlihat En. Hisham sedang sibuk menyiapkan kulit
novel Opera Angkasa. Opera Angkasa adalah novel fiksyen sains pertama terbitan PTS. Tabik dan tahniah buat Pn. Ainon, Mat Jan (Editor) dan tentu sekali penulisnya Nazri. Tidak sabar rasanya hendak membeli novel ini!
![]()
Sementara itu pula, Saudara Azrul juga telah menyiapkan novel Galaksi Muhsinin. Manuskripnya sedang saya baca kerana kami akan bekerjasama untuk projek Game Book PTS-Metadome, Insya-Allah. Apa kandungannya? Itu terpaksa zip mulut dan blog sebab spoiler pula nanti.
Komando 2069 telah saya panjangkan kepada 10 muka surat untuk mBook. Beberapa perubahan besar telah dibuat berbanding cerpen asal, dengan penambahan satu watak baru. Saya merancang untuk menjadikan Komando 2069 sebagai siri mBook, sudah cukup siri nanti tukar jadi novel pula. Di sini disertakan saya sertakan gambar mock mBook.

Filed under Fiksyen Sains, Malaysia, Penulisan | Comments (2)



