Gapura Dimensi

October 3rd, 2007

gapura_dimensi2.jpg

Alhamdulillah, cerpen fiksyen sains yang kedua pula menyusul dalam Dewan Kosmik keluaran Oktober. Apa itu gapura? Bukan garpu tetapi bermaksud gerbang. Istilah ini saya dapat semasa bengkel sai-fai PTS yang pertama. Disuarakan oleh Saudara Panaharjuna tak silap saya.

Ilustrasi cerpen ini memang saya cam sangat-sangat kerana siri Stargate memang kegemaran saya! Namun, cerpen ini tidaklah menciplak konsep siri tersebut. Malah, teknik penghasilan gerbang juga berbeza. Stargate adalah gerbang antara planet, cerpen ini pula adalah tentang gerbang antara dimensi.  Teorinya saya dasarkan dari hipotesis seoarang saintis ternama.

Dapatkanlah Dewan Kosmik keluaran Oktober! :D


7 Responses to “Gapura Dimensi”

  1. A.M Jarni on October 3, 2007 4:07 pm

    Salam,

    Aduh, terpaksalah saya beli Dewan Kosmik lagi untuk baca cerpen sdr. Dewan Kosmik September pun saya belum habis baca lagi.

  2. din (cill) on October 3, 2007 4:34 pm

    salam.

    Firdaus, tolong sms/ call aku. Telefon aku kena curi. Er, kalau bahasa aku tak indah macam posting, maaf :)

  3. mira on October 4, 2007 3:17 pm

    wah, makin ganas la firdaus ni. tahniah! ;)

  4. Nazir on October 4, 2007 10:43 pm

    Hmm…. Teringat sliders…..

  5. anis sarah on October 6, 2007 8:43 pm

    salam…
    saya belum sempat lagi beli majalah bulan ni. jadi belum baca cerpen sdr. cuma nak tahu, teori saintis mana yang dimaksudkan? perlu sedikit maklumat untuk penulisan saya. sebab gerbang antara dimensi adalah sesuatu yang menarik (betulkah ia wujud?)

  6. Firdaus on October 6, 2007 10:08 pm

    Wassalam Anis,

    Saya merujuk kepada teori Dr. Andrei Linde - http://www.stanford.edu/~alinde/

  7. SifuPTS on October 10, 2007 12:51 am

    Tahniah! Tahniah!

    Bukan senang mahu masuk saf penulis DBP!

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind