Formula Hero Jepun II
Sambungan dari Formula Hero Jepun:
Ciri 4: Hero Berhati Mulia
Sungguhpun hero-hero Jepun mempunyai kuasa yang hebat, mereka tidak menyalahgunakan kuasa mereka. Mereka menggunakan kuasa mereka untuk menyelamatkan orang ramai, melindungi rakan-rakan mereka. Hingga berhadapan dengan musuh sekali pun mereka masih mempunyai rasa belas kasihan.

Monkey D. Luffy dalam siri One Piece tidak pernah membunuh musuhnya walaupun penjahat itu begitu kejam dan telah membunuh begitu ramai orang. Perkara ini menyebabkan adakalanya musuh lamanya muncul semula. Begitu juga dengan Son Goku dalam siri Dragon Ball, dia selalunya hanya menewaskan musuhnya dan tidak membunuh mereka. Ada juga yang kemudiannya menjadi rakannya seperti Pikor & Bezita.
Ciri 5: Hero & Heroin Kenal Sejak Kecil

Dua watak detektif Jepun, Hajime Kindaichi (Penyiasat Remaja) dan Shinichi Kudo (Detektif Conan) mengenali heroin mereka iaitu Miyuki Nanase dan Ran Mouri sejak dari kecil lagi. Tugas heroin juga lebih kurang, membebel kepada hero dan mengingatkan mereka agar tidak terburu-buru melakukan sesuatu. Kisah cinta mereka juga agak sama, walaupun pada mulanya mereka tidak mengakui ada sebarang perasaan, perhubungan mereka berubah daripada rakan biasa mereka menjadi pasangan kekasih. Shun Ukiya dan Ruriko Isukawa dalam Gate Keepers juga membawa kisah yang sama. Son Goku juga mengenali Chichi sejak dari kecil, tetapi kisah perhubungan mereka agak berbeza.
Ciri 6: Hero Kuat Makan

Ciri ini ada pada Naruto, Monkey D. Luffy dan Son Goku. Setelah menggunakan begitu banyak tenaga untuk berlawan, mereka makan dengan jumlah yang banyak untuk memulihkan tenaga mereka. Hero yang tidak berlawan secara fizikal juga kuat makan seperti Hajime Kindaichi dalam siri Penyiasat Remaja. Tidak tahulah mengapa ciri ini diadakan, mungkin sebagai efek komikal semata-mata atau mungkin juga untuk memperkenalkan makanan-makanan Jepun.
Baik, mari kita senaraikan hero-hero Jepun dan ciri-ciri yang mereka ada:
Son Goku - 1, 2 (ambil kira Bulma sebagai heroin), 3, 4, 5, 6.
Naruto - 1, 2, 3, 4, 5, & 6.
Monkey D. Luffy - 1, 3, 4, & 6.
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Jepun |4 Responses to “Formula Hero Jepun II”
Leave a Reply




saya ikuti dragon ball, cardcaptor sakura dan sailormoon saja. tak lupa doraemon dan shin chan :p
Hurm. Hero kuat makan? Mungkin pelajar-pelajar Jepun ni dah tak ingat hendak makan. Sebab itu kena ada ciri ini juga supaya menggalakkan orang biasa-biasa ini makan untuk jadi hero.
aku nak tambah hero baru kesukaan aku
hei - darker than black
http://en.wikipedia.org/wiki/Darker_than_Black
dia berhati mulia, dia kuat makan, cume dia kejam.. yaa
tp ko leh tambah gak bleach.. kurosaki ichigo mana ade bunuh musuh dia.. ( tp terasa hampeh lak.. sbb dah jadik stereotaip )dan dia bodoh. hahah
Salam. Bolehkah saudara Firdaus menerangkan kpd kami dalam entri yg seterusnya, apakah yg dimaksudkan dgn watak anti-hero?
Saya pernah terbaca dalam 1 artikel mengenai watak2 komik jepun yg mengelaskan watak Monkey D. Luffy sebagai anti-hero dan bukannnya hero. Antara watak lain yg dikelaskan sbg anti-hero ialah Onizuka (GTO). Terima kasih.