Komando 2069: Kargo Rahsia

Alhamdulillah, cerpen sulung saya akhirnya tersiar dalam majalah Dewan Kosmik keluaran September. Terima kasih banyak-banyak kepada Timbalan Editor, Tuan Mohd Khairulanuar Manshor kerana memberi peluang kepada saya untuk berkarya. Juga kepada Sifu, Pn. Ainon Mohd kerana memberi tunjuk ajar dalam penulisan. Juga dedikasi khas buat Pn. Sri Diah kerana ‘mengapungkan’ minat menulis saya selepas SPM sehinggalah dapat berguru dengan Sifu PTS pula.
Rentetan bengkel konten mobile tempoh hari, saya telah menghantar cerpen ini kepada Tuan Syaizul di Meta Dome. Syukur, beliau menerimanya dan saya cuma perlu memanjangkannya kepada daripada 12,264 aksara kepada 40,000 aksara. Cerpen ini akan diadaptasi menjadi FonNovela pula. Inilah kali pertama saya cuba praktikkan kata-kata Sifu - “Tulis sekali, makan berkali-kali!”.
Sebagai menghormati hak penerbitan yang ada pada Dewan Kosmik, FonNovela itu perlu menunggu sehingga bulan Oktober sebelum dapat diterbitkan. Sungguhpun derived works tidak tertakluk kepada hak penerbitan tersebut, namun etika penulis dengan penerbit tidak memungkinkan karya yang sama diterbitkan dalam dua medium pada masa yang sama. Etika yang sama juga menidakkan saya untuk menyiarkan teks asal cerpen itu di sebarang laman web dalam bulan ini.
Jadi, jika hendak baca cerpen ini belilah Dewan Kosmik!
10 Responses to “Komando 2069: Kargo Rahsia”
Leave a Reply




“Tulis sekali, makan berkali-kali” Menariknya kata-kata itu.
Tahniah!!!Tahniah!!!Tahniah!!!
Assalamualaikum…
tahniah!teruskan usaha….
tahniah firdaus
err.. pinjam magazine boleh? :p
ilustrasi pelukis tu sudah boleh membayangkan cerpen ini boleh dijadikan game. Hehe. Tambah lagi kantung royalti.
Mira; Boleh, hari Isnin nati saya bawa ke UIA.
Azree; Ilustrasi itu memang bergaya game. Rasa macam pernah tengok saja.
Azrul; Terima kasih. Saya menanti untuk membaca cerpen saudara pula!
Alhamdulilah bro,,,tahniah,,,lepas ni tunggu aku punya pula,,terima kasih pada kau sebab mengampungkan bakat aku,,hahahha pinjam kata-kata kau…apa-apa hal pun nnt aku beli..hehehhe
salam
dah baca cerpen tu. ada sikit terasa macam anime… Gundam? menarik cerpen tu, tak sabar nak baca cerpen lain pula. teruskan lagi dengan cerpen sai-fai yang lain, gambatte kudasai!
Wassalam Anis,
Terima kasih atas respon. Memang ada sedikit pengaruh Gundam. (Atau banyak sebenarnya?) Saya membeli satu figura Gundam semasa menulis cerpen itu!
Namun, Gundam hanyalah untuk rujukan asas rekaan mekanikal. Selebihnya, dari sumber-sumber yang lain pula.
[...] telah terima cek pertama saya sebagai seorang penulis. Cek adalah sebagai honorarium untuk cerpen Komando 2069. Terbayarlah kos membeli buku Cari Duit Cara Mudah Sebagai Penulis Bebas karya Zamri Mohamad , [...]