Sai-Fai dan Cinta: Voices of a Distant Star

Mikako (berdiri) dan Noboru
Sai-Fai dan cinta? Berapa banyak karya sai-fai yang mempunyai cinta sebagai tema utama? Siri Stargate sudah tentunya terkeluar, lebih kepada ekspedisi militer dan saintifik sahaja. Star Trek pun tidak jauh berbeza.
Star Wars pula mengambil pertembungan baik lawan jahat sebagai tema teras, namun masih mempunyai cinta sebagai tema sampingan. Cinta terlarang Anakin SKywalker & Padme Amidala, ‘cinta tiga segi’ antara Luke Skywalker, Leia Organa & Hans Solo.
Setakat ini, hanya satu karya sai-fai yang mantap menyampaikan tema cinta dan perhubungan sebagai tema utama. Voices of a Distant Star karya Makoto Shinkai mengisahkan perhubungan jarak jauh antara Mikako dan Noburu. Mereka terpisah kerana Mikako ditugaskan menjadi jurupandu mecha Tentera Angkasa United Nations.

Dalam filem pendek, elemen-elemen fiksyen sains seperti hyperspace dan pengembaraan angkasa digunakan untuk menegaskan bagaimana terpisahnya Mikako dan Noboru. Hanya emel melalui telefon bimbit menjadi penghubung antara mereka berdua.
Sungguhpun begitu, wacana sains tidak dikesampingkan. Filem ini memaparkan bagaimana faktor jarak di angkasa lepas akan mempengaruhi telekomunikasi. Evolusi manusia turut dibincangkan dalam filem ini dalam konteks bagaimana serangan daripada makhluk asing memacu evolusi manusia. Semacam ada tempias Ender’s Game karya Orson Scott Card juga.
Dalam masa tayangan 24 minit sahaja, Makoto Shinkai berjaya menyampaikan cerita yang menarik dan wacana yang bermakna. Beliau dianugerahkan The Highest Award (Public Offering Category) di Tokyo International Animation Fair 2002. Lebih mengagumkan lagi, keseluruhan proses penciptaan filem ini dibuat sendiri oleh Makoto Shinkai menggunakan komputer Macintosh beliau sahaja! Lakonan suara pula disumbangkan oleh beliau sendiri dan tunangnya (kini isterinya) manakala rakannya Tenmon menyumbangkan muzik.
Tabik spring!
Filed under Animasi, Fiksyen Sains, Filem, Jepun |5 Responses to “Sai-Fai dan Cinta: Voices of a Distant Star”
Leave a Reply



Kebetulan, karya fantasi yang sudah saya hasilkan ini juga ada konflik cinta tiga segi.
Hendak seribu daya ya..
Guna sebuah komputer pun boleh memberi hasil yang hebat.
Malu rasanya dengan Tuan Makoto, satu novel pun saya belum siap lagi!
Sdr. Firdaus,
Jika bercinta guna ilmu Hembusan Sapu Angin atau ilmu Kasyaf bolehkah masuk dalam karya sai-fi? :))
[...] saya juga telah menonton anime Fafner: Right of Left dan saya fikir akan nukilkan dalam kerangka Sai-Fai dan Cinta seperti Voices of a Distant Star. Kebetulan pula ada yang bertanya tentang elemen cinta dalam [...]