Tidak Dapat Buka UNIKA?
Saya dapati ramai rakan-rakan penulis mengomel kerana tidak dapat membuka laman web Universiti Terbuka PTS daripada tempat belajar atau tempat bekerja mereka. Di UIAM, memang sahih tidak dapat akses. Jangan gusar, masih ada cara untuk membaca entri-entri terkini daripada Sifu.
Masuk ke laman web http://reader.google.com, masuk dengan ID Google jika sudah ada atau buat ID yang baru. Kemudian, klik Add Subscription di sebelah kiri. Masukkan alamat http://www.universitipts.com/?feed=rss2 dan semua entri-entri terbaru akan ditarik masuk ke dalam aplikasi web ini. Untuk membaca komen-komen pula, masukkan alamat http://universitipts.com/?feed=comments-rss2. Chatbox UNIKA pula boleh diakse di alamat http://cbox.ws/?i=846002.
Filed under IT, Malaysia |3 Responses to “Tidak Dapat Buka UNIKA?”
Leave a Reply




Assalamualaikum,
terima kasih atas info yang amat membantu ini. Saya dah praktikkan dan berjaya membaca lama unikapts tanpa masalah.
Terima kasih sekali lagi kerana memperkenalkan Google Reader. Ada banyak yang menarik di sini rupa-rupanya.
Salam. kenapa ya UNIKA PTS di’block’?
Cuma ingin tanya, kalau-kalau saudara FA tahu di mana saya boleh dapatkan buku ’spesimen Beta’ karya Hizairi Othman dan ’spesimen Alpha’ karya Ahmad Patria Abdullah. Kalau tak silap, ia termasuk dalam genre fiksyen sains. Atau kalau ada sesiapa ingin menjual buku second hand tajuk di atas?
Embun: Sama-sama.
Anis: Kenapa di-’block’? Saya mengandaikan bahawa ada masalah dalam entri DNS. Tentang buku-buku itu pula, saya pun sedang mencarinya! Tak ketahuan ke mana harus dituju.