Spin-Off

July 6th, 2007

250px-stargate_atlantis_intro.jpg 250px-stargate_sg-1_season_9_title.jpg

Entri kali ini masih lagi tentang hubungan antara dua siri. Peminat-peminat Stargate tentunya dapat meneka apa yang dimaksudkan melalui imej di atas.

Spin-off dalam media bermaksud mengahsilkan sesuatu karya berdasarkan siri yang sedia ada. Stargate Atlantis misalnya adalah spin-off dari Stargate SG-1. Konsep pengembaraan galaksi masih dikekalkan, cuma dibawa pula ke galaksi lain dan mempunyai lebih banyak penglibatan saintis dan orang awam. Stargate SG-1 lebih bercorak ketenteraan.

Ada juga spin-off yang dibuat berdasarkan satu watak daripada siri asal. Contohnya siri Angel yang merupakan spin-off dari siri Buffy the Vampire Slayer. Di sini, watak Angel dapat dikembangkan lagi.

Apabila spin-off dilakukan, maka wujud cross-over dan cameo. Watak-watak dari siri SG-1 banyak berinteraksi dengan watak-watak dalam Atlantis. Kedua-dua siri ini berkongsi backstory yang sama dan peristiwa yang berlaku dalam satu siri boleh mempengaruhi siri yang satu lagi. Ada juga perpindahan watak yang berlaku. Dengar-dengar, Samantha Carter dari SG-1 akan berpindah ke Atlantis untuk musim ke-4.

Siri spin-off boleh berjalan serentak dengan siri asal seperti SG-1 dan Atlantis. Ataupun, siri spin-off bermula selepas siri asal tamat seperti Cory in the House yang merupakan spin-off siri That’s So Raven.

Ada juga spin-off dalaman di mana satu episod dikhususkan untuk satu watak itu sahaja. Ini boleh membantu membangunkan sesuatu watak. Mungkin juga, sebagai persediaan untuk satu siri spin-off pula.

Spin-off juga boleh digunakan dalam novel dan penulisan!


4 Responses to “Spin-Off”

  1. SifuPTS on July 6, 2007 4:56 pm

    Saya memuji cara saudara memilih bahan entri. Dengan menerangkan istilah-istilah teknikal, ia memberikan kefahaman baru berkenaan pelbagai sisi kreativiti dalam berkarya, khususnya dalam melebarkan idea.

    Terima kasih.

  2. Nisah Haron on July 9, 2007 10:31 am

    Teknik spin-off boleh dijadikan strategi melariskan buku. Saya sendiri melakukannya. Novel “Mencari Locus Standi” ada spin-off juga. Saya tulis secara bersiri dalam majalah Aniqah dengan judul “Lentera Mustika”. Salah satu watak sokongan dalam MLS saya jadikan watak utama dalam LM. Sebagai penulis, seronok membuat eksplorasi watak melalui cara ini.

  3. Firdaus on July 9, 2007 12:03 pm

    Puan Nisah, saya ada baca salah satu siti Lantera Mustika. Sangat menarik! Bila mahu dibukukan?

  4. Spin-Off Yang Bittersweet at Studio Inspirasi on September 3, 2007 8:58 am

    [...] sesuatu karya dapat dipanjangkan melalui penulisan spin-off daripada karya asal. Penulisan spin-off dapat mengembangkan watak dalam karya asal dan menyampaikan [...]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind