A Hero is Only as Good as its Villain

June 20th, 2007

anakin_syndrome_wide.jpg

Apabila melompat dari blog ke blog, saya ketemu satu blog baru ulasan buku iaitu Ulas & Kupas. Ulasannya agak mendalam, tetapi bukan itu yang mahu dibincangkan hari ini.

Saya tertarik dengan satu penyataan yang ditulis - “a hero is only as good as its villain.” Dalam Bahasa Melayu - hero itu hanyalah sebaik watak jahatnya. Apa maksudnya? Baik dari segi nilainya? Atau baik dari segi rekaan wataknya?

Penulis blog tersebut ada menyebut tentang watak dua dimensi. Maka dapat difahami bahawa yang dimaksudkan adalah rekaan watak yang baik. Rekaan watak jahat perlu dibuat sebaik rekaan watak hero. Barulah buku bertemu ruas!

Pada hemat saya, dua dimensi yang dimaksudkan adalah sikap dan fizikal. Sikap yang kejam, egoistik. Fizikal pula bermisteri dan menggerunkan. Apa yang kurang?

Aspek yang tertinggal di sini ialah motif dan personaliti. Benar, watak itu jahat tetapi persoalannya mengapa ia melakukan kejahatan tersebut? Ini berkait rapat dengan pembinaan backstory.

Tidak logik seseorang itu membuat jahat semata-mata kerana dia mahu berbuat begitu. Bercita-cita menguasai dunia adalah sebab yang basi, jadi harus dicari sebab yang lain. Adakah kerana dendam, trauma, hasutan, atau salah faham? Tidak pun ada masalah mental?

Continue reading »

Realiti Alternatif

June 18th, 2007

Pernahkah anda terfikir apa akan terjadi sekiranya sejarah dunia ini berbeza? Bagaimana sekiranya Jepun tidak pernah kalah dalam perang?

Lebih mudah, fikirkan sejarah hidup anda sendiri. Apa akan berlaku sekiranya anda pergi ke sekolah yang berbeza? Mempunyai pekerjaan yang berbeza?

Bagi setiap kemungkinan yang berbeza maka terhasil realiti atau dunia yang berbeza. Realiti atau dunia yang berbeza itu dipanggil ‘alernate reality’ atau realiti alternatif. Ini merupakan salah satu tema dalam fiksyen sains.

913_cap01.jpg

Samantha Carter realiti asal (baju hijau) dan Samantha Carter dari realiti alternatif (baju hitam)

‘Scene’ di atas adalah daripada episod ‘Ripple Effect’ dalam siri Stargate SG-1. Dalam episod ini watak-watak utama siri ini berhadapan dengan diri mereka daripada pelbagai realiti alternatif.

Continue reading »

Mari Kaji ‘Scene’ Ini

June 15th, 2007

cats.jpg

Ini adalah ’scene’ daripada filem animasi ‘The Cat Returns’ keluaran Studio Ghibli. Filem animasi adalah lanjutan daripada salah satu episod dalam filem animasi ‘Whisper of the Heart’.

Filem animasi ‘The Cat Returns’ mengisahkan seorang pelajar perempuan yang menyelamatkan seekor kucing daripada dilanggar. Rupa-rupanya kucing yang diselamatkan itu adalah Putera Negara Kucing dan pelajar itu dijemput ke Negara Kucing sebagai tanda terima kasih.

Seingat saya, ini adalah filem animasi yang memuatkan sebegitu banyak kucing dalam satu ’scene’. Sebanyak kucing yang dibela Pn. Ainon agaknya. :)

Mari kita perhatikan elemen-elemen dalam ’scene’ ini. Latar belakang nampak seperti kawasan kejiranan yang tipikal di Jepun. Tidak banyak beza pun dengan animasi-animasi Jepun lain seperti Doraemon dan Shin Chan.
lamp.jpg

Ini adalah lampu ‘cat’s eye’, lampu sebegini memang wujud dalam kisah-kisah rakyat Jepun.

officar.jpg

Kucing ini pula adalah pegawai kanan Raja Kucing. Pakaiannya sama seperti seperti pegawai-pegawai semasa zaman feudal Jepun dahulu.

ss-cat.jpg

Elemen Barat pula muncul pada kucing ini. Gayanya seperti ejen-ejen ‘Secret Service’ yang melindungi Presiden US sahaja. Sebelum ’scene’ ini, kucing ini tugasnya adalah menyepak terajang kucing-kucing lain yang mengganggu perarakan Raja Kucing.

Ternyata ’scene’ ini adalah gabungan yang baik antara yang baru dan lama, timur dan barat.  Ada unsur sejarah dan kisah rakyat, tetapi tidak pula terlalu kuno sehingga generasi muda tidak dapat ‘connect’ pula dengan ’scene’ ini.

Surat Kepada Sifu: Bagaimana Strategi Disney Masuk Pasaran India

June 12th, 2007

Assalamualaikum, Pn. Sifu.

Moga dalam keadaan sihat sejahtera dan bisnes juga bertambah makmur.

Ayat-ayat seperti di atas sudah menjadi budaya mentee-mentee Puan. Bila kami saling berhubung ayat-ayat pemula sebegini menjadi motivasi juga!

Saya hendak kongsikan sesuatu yang saya baca dari Wall Street Journal edisi semalam. Terdapat satu artikel khas tentang bagaimana Disney hendak memasuki pasaran di India. Saya fikir ia sangat relevan dengan bisnes Puan.

Disney selama ini cuma mengasak pasaran India dengan produk-produk dari Barat tetapi kurang berjaya. Terlalu mahal, tidak diminati.

Masalah utama ialah masyarakat tidak dapat ‘connect’ dengan produk-produk Disney. Mungkin mereka belajar perkara ini daripada pengalaman mereka di China di mana pengunjung-pengunjung Disneyland Hong Kong tidak dapat ‘connect’ dengan watak-watak dan cerita di situ.

Kini, Disney akan bekerjasama dengan Yash Raj Films - produser filem-filem hit Bollywood itu.

Mereka mula mengadaptasi filem-filem Disney untuk disesuaikan dengan citarasa India. Contohnya ‘High School Musical’ versi US memaparkan sebuah pasukan bola keranjang. Versi Hindi akan ditukar kepada pasukan kriket. Ada logiknya kerana kriket adalah obsesi nasional di sana.

Merchandise juga diubah mengikut keperluan masyarakat India. Oleh kerana masyarakat kelas menengah semakin membesar dan mementingkan pendidikan maka mereka memilih untuk menjual alat-alat keperluan sekolah dahulu.

Beg sekolah di India adalah lebih besar dari versi US kerana sekolah India tiada locker, dan mereka menjual thermos sebagai ganti botol air biasa kerana banyak sekolah India tiada water cooler.

Disney juga memulakan produksi rancangan tempatan seperti “Dhoom Machaao Dhoom” iaitu kisah seorang remaja yang menemui kembali identiti India-nya selepas tinggal di Amerika. Juga ada siri “Vicky & Veetal” - kisah seorang budak dengan hantu baik. Di sini mereka mengambil kesempatan atas minat masyarakat terhadap perkara-perkara supernatural.

Reformulasi Disney Channel India juga telah berlaku di mana mereka telah meletakkan 20%-40% kandungan tempatan. Tema baru juga telah dicipta iaitu “percaya diri, ekspresi diri, raikan keluarga anda”.

Mereka juga telah mencipta genre “aspirational storytelling” - khusus untuk generasi baru yang mempunyai cita-cita yang lebih luas daripada ibu bapa mereka. Ini adalah genre yang sedang diusahakan PTS - maka mungkin PTS boleh eksport cerita-cerita ke India tidak lama lagi.

Sasaran Disney ialah pasaran luar US akan menyumbang 50% peratus perolehannya dalam masa terdekat ini. Mereka percaya kepada kuasa Asia maka tiada sebab mengapa kita tidak begitu. Saya juga perlu memastikan ‘feel’ Asia dalam projek novel itu kuat.

Oh ya, kalau hendak baca artikel penuh WSJ secara online Puan perlu bayar langganannya. Saya dapat baca pun sebab ada complimentary copy dari hotel yang mak saya bawa balik.

Saya memang suka baca WSJ, Newsweek, Times, Edge dan berita-berita ekonomi. Lepas itu, saya berangan-angan jadi owner syarikat-syarikat yang dipaparkan dalam itu! Haha.

Wassalam.

Muhammad Firdaus bin Ariff
Projek Trilogi Kristal

Mahu Ulasan Buku?

June 11th, 2007

tekad.jpg

Melalui komen yang ditinggalkan di blog saya ketemu sebuah blog yang memuatkan ulasan buku-buku tempatan. Ulasan-ulasan yang ditulis oleh Saudara mxypltk (bagaimana menyebutnya ya?) adalah segar, objektif dan kritis - namun tetap seimbang. Tiada tahniah-tahniah kosong, semuanya dihuraikan baik buruk buku-buku itu dalam ulasannya yang ringkas dan padat.

Lawatilah http://ulasbuku.blogspot.com/Â