Agama & Etika
Mungkin anda pernah melihat siri Fullmetal Alchemist di TV3. Watak utamanya ialah Edward Elric, seorang ahli alkemi yang hebat. Siri FMA nampak seperti siri animasi kanak-kanak yang biasa tetapi ia sebenarnya membawa persoalan tentang ketuhanan, keagamaan dan etika.
Watak utama siri ini tidak percaya kepada Tuhan dan percaya pada hukum alkemi semata-mata. Antara misi terawalnya adalah membongkar kepalsuan seorang paderi. Dia membongkar penipuan paderi itu yang mengatakan alkemi yang dilakukannya sebagai keajaiban dari Tuhan.
Secara halus, ini adalah kritikan terhadap institusi gereja. Mungkin juga, kritikan terhadap penyelewangan oleh paderi-paderi yang heboh kesnya di serata dunia. Kes penderaan oleh paderi di Amerika Syarikat misalnya.
Edward pernah cuba menghidupkan kembali ibunya dengan menggunakan alkemi
tetapi tidak berjaya. Apa yang dihasilkannya adalah sebuah jasad yang berupa manusia tetapi bukan insan.
Cubaan menghidupkan kembali manusia juga dilakukan oleh ahli alkemi lain
seperti Shou Tucker. Dia cuba menghidupkan kembali mencipta semula anaknya yang telah dijadikan bahan dalam salah satu eksperimen yang dilakukannya sendiri.
Shou Tucker kononnya dihukum kerana melakukan eksperimen yang tidak beretika. Tetapi pada hakikatnya khidmatnya terus digunakan tentera untuk melakukan lebih banyak eksperimen terhadap manusia.
Kes-kes sebegini adalah kritikan terhadap tentera yang banyak melakukan
eksperimen yang tidak beretika demi mencipta senjata-senjata baru. Tentera Imperial Jepun misalnya dikatakan banyak melakukan eksperimen terhadap manusia semasa Perang Dunia Kedua. Tentera US pula pernah dikecam kerana penggunaan Agent Orange semasa Perang Vietnam.
Dalam siri ini, cubaan menghidupkan kembali manusia adalah satu taboo dan kebanyakannya berakhir dengan kegagalan. Hero siri ini juga terpaksa mengakui taboo ini dan menghalang orang lain daripada membuat eksperimen yang serupa.
Pada hemat saya, ini juga adalah satu taboo dalam penulisan karya fantasi dan fiksyen sains Islami. Kerana kita sedia maklum bahawa kuasa menghidup dan mematikan hanyalah pada Allah s.w.t.
Marilah kita fikirkan bersama, apakah nilai dan prinsip yang hendak dibawa dalam karya kita?
Filed under Animasi, Fantasi, Jepun |8 Responses to “Agama & Etika”
Leave a Reply



assalamualaikum.
saya menonton siri ini sehingga tamat episod. meskipun pada awalannya, watak edward menegaskan dia adalah seorang athies(tiada agama), namun akhirnya dia mengakui kerja mencipta manusia itu adalah kerja TUHAN. hanya tuhan yang berhak mencipta manusia.
Salam,
Saya sebenarnya agak terkejut apabila anime FMA dapat ditayangkan di Malaysia. Kandungan dan mesej dalam FMA ini agak berat dan melibatkan akidah. Dan mereka tayangkan pada waktu siang (jelas disasarkan pada kanak-kanak), tidak seperti anime-anime ganas yang ditayangkan pada waktu malam seperti Bleach dan Basilisk. Entah apa yang difikirkan pihak yang bertangungjawab meluluskan dan menayangkan FMA ni?
Assalamualaikum Saudara Firdaus,
Saya telah mengikuti blog ini sejak dari awal kemunculannya. Untuk pengetahuan saudara, saya juga salah seorang peminat fantasi, pada masa yang sama seperti saudara, saya juga mengkaji cerita-cerita manga, drama dan animasi Jepun.
Tidak silap saya, Shou Tucker tidak menghidupkan kembali anaknya, tetapi ‘mengorbankan’ anaknya yang masih hidup menjadi Chimaera ( binatang yang boleh berkata-kata dan memahami manusia ).
Secara keseluruhan, saya bersetuju dengan pendapat saudara, malah tema dan kritikan yang sama tetap diteruskan dalam special series selepas tamatnya siri ini. Dalam siri tersebut, Edward telah tercampak ke ‘dunia kita’ - negara Jerman, dimana adiknya menyusul kemudian dan mendapat tubuhnya kembali.
Salam hormat,
naimadnin
Alaikumussalam Saudara Naim,
Terima kasih kerana mengingatkan saya tentang kesilapan fakta tersebut. Saya sudah betulkan.
Saudari Xara,
Benar, akhirnya Edward mengakui bahawa kerja mencipta manusia itu adalah kerja TUHAN.
Sudara A.M Jarni,
Saya juga terkejut bilah lihat FMA ditayangkan di Malaysia!
tulisan yg bagus hohoho.. rindua same stargate.. lama tak tengok sejak dari season 4.. anime pun banyak tinggal dah.. skang darker than black
FMA nih pulak mmg mengguna alchemy tp konsep transmutasi utk menghasilkan manusia tuh patut kita fikir balik sesuai ker tak utk ditayangkan pada budak2. tp andainya saya ade anak.. saya akan cakap camnih.
” manusia tiada kuasa untuk melebihi kesempurnaan ciptaan Allah. Hidup dan mati itu merupakan hak Allah. Sains bukanlah segalanya. “
Tuan Professor Kecil,
Cerita-cerita siri fantasi adalah cultural goods. Bukan sekadar cerita hiburan.
Itu sebabnya kita mesti menghasilkan cultural goods kita sendiri untuk di-konsumsi (istilah Indonesia) oleh anggota budaya kita.
Ada istilah ‘penjajahan budaya’ dan kita mesti hubaya-hubaya dengan fenomena penjajahan budaya.
Pada pandangan saya, penulis mestilah beretika dalam menyampaikan mesej yang ingin dibawanya walaupun cerita itu kita tidak memasukkan ilmu-ilmu tentang agama Islam.
Jadi, selit-selitkan konsep yang Tuhan itu ada dan kita memang perlukan Tuhan. Maka, lawanlah cerita-cerita sai-fi luar negara dengan menghasilkan lebih banyak karya sai-fi mengikut rumusan budaya dan agama kita.
p/s: Eh, entah faham ke entah tidak komen saya ini. Berterabur pula ayat. Hehe.
Assalamualaikum, minta izin link web ini dari blog saya. teruskan menulis dengan kritis!