A Hero is Only as Good as its Villain
Apabila melompat dari blog ke blog, saya ketemu satu blog baru ulasan buku iaitu Ulas & Kupas. Ulasannya agak mendalam, tetapi bukan itu yang mahu dibincangkan hari ini.
Saya tertarik dengan satu penyataan yang ditulis - “a hero is only as good as its villain.” Dalam Bahasa Melayu - hero itu hanyalah sebaik watak jahatnya. Apa maksudnya? Baik dari segi nilainya? Atau baik dari segi rekaan wataknya?
Penulis blog tersebut ada menyebut tentang watak dua dimensi. Maka dapat difahami bahawa yang dimaksudkan adalah rekaan watak yang baik. Rekaan watak jahat perlu dibuat sebaik rekaan watak hero. Barulah buku bertemu ruas!
Pada hemat saya, dua dimensi yang dimaksudkan adalah sikap dan fizikal. Sikap yang kejam, egoistik. Fizikal pula bermisteri dan menggerunkan. Apa yang kurang?
Aspek yang tertinggal di sini ialah motif dan personaliti. Benar, watak itu jahat tetapi persoalannya mengapa ia melakukan kejahatan tersebut? Ini berkait rapat dengan pembinaan backstory.
Tidak logik seseorang itu membuat jahat semata-mata kerana dia mahu berbuat begitu. Bercita-cita menguasai dunia adalah sebab yang basi, jadi harus dicari sebab yang lain. Adakah kerana dendam, trauma, hasutan, atau salah faham? Tidak pun ada masalah mental?
Pakar psikologi ada membuat penilaian psikologi terhadap Anakin Skywalker a.k.a Darth Vader. Dr. Carolyn Kaufman dari Ohio, US misalnya mengatakan Anakin Skywalker menghidapi histrionic personality disorder dan bipolar disorder .
Keadaan itu menyebabkan Anakin mudah hilang pertimbangan dan cenderung untuk bergaduh sekiranya perasaannya terganggu. Sikapnya yang sedemikian rupa membuka jalan untuk Sith Lords memanipulasi Anakin.
Anakin juga mengalami narcisstic personality disorder. Ini pula menyebabkannya mempunyai ego yang tinggi, dan merasakan kedudukannya lebih tinggi daripada orang lain. Sikap ini membuatkan dia sangat mementingkan dirinya dalam sebarang tindakan.
Mungkinkah sikap-sikap ini membuatkan Anakin a.k.a Darth Vader menjadi ikon watak jahat yang begitu berpengaruh?
Imej:Lucasfilm Ltd.
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, US |14 Responses to “A Hero is Only as Good as its Villain”
Leave a Reply





Salam Sdr. Firdaus,
Ya, saya setuju kaitan antara keberkesanan hero dan watak jahat yang saling berkaitan. Bahkan Duke Welington apabila bercakap tentang Napoleon, sentiasa sahaja memuji kehebatan Napolean. Ini membuatkan saham Welington sendiri naik setelah mengalahkan Napoleon.
Tetapi jangan pula watak jahat jadi lebih menarik daripada hero seperti berlaku dalam beberapa filem Batman.
Dalam Smallville pun watak ‘villain’nya berkembang sama hebat dengan watak clark, satu penerangan yang mudah untuk ‘ a hero is as good as it’s villain’.
saintifiknya artikel ini.
Mahunya kalau begitu kenalah tulis tebal-tebal novelnya. Kemudian tidak boleh dibuat trilogi sahaja, kena tulis sampai 5-6 buah buku.
P/s: Tak sabar rasanya nak baca trilogi Kristal ni.
Tebal itu sudah tentu, Sifu sudah minta minima 300 halaman setiap novel. Projek tahun ini memanglah Trilogi Kristal, tapi ada perancangan untuk lebih daripada itu.
Ya Allah, Tuhan yang maha membantu hambanya… Bantulah mentee-menteeku yang berbakat ini memandaikan bangsanya melalui karya fiksyen fantasi mereka.
Entri ini mengingatkan saya untuk mengolah karakter jahat yang berkesan dalam karya saya nanti. Saya hampir terlupa tentang hakikat ini. Terima kasih, Sdr. Firdaus.
[...] terkini Saudara Firdaus dalam Studio Inspirasi juga menyedarkan saya tentang Watak Jahat Utama dalam [...]
Salam.
Saya bersetuju dengan saudara. Banyak watak jahat yang dicipta melakukan kejahatan seolah-olah sekadar untuk suka-suka. Tiada matlamat atau sebab yang kukuh. Alasan ‘ingin menguasai dunia’ walaupun sudah basi bagi saya lebih logik jika dibandingkan dengan ‘ingin memusnahkan dunia’. Walhal watak jahat itu sendiri tinggal di bumi. Entah apalah faedah yang dia perolehi daripada perbuatannya itu selain terpaksa tinggal di dunia yang telah musnah.
Saya juga bersetuju dengan saudara Panaharjuna. Watak Lex Luthor dalam siri Smallville lebih berkesan berbanding dalam filem-filem Superman. Kita dapat melihat perubahan sifatnya dan mengapa dia jadi begitu. Contohnya:
1. Hasil didikan dan sikap bapanya sendiri
2. Kehilangan ibu dan adiknya sejak kecil (tidak mendapat kasih sayang)
3. Tidak ramai kawan dan sering diejek kerana kecacatan fizikalnya (botak)
4. Merasakan dirinya dikhianati oleh orang yang dipercayainya
5. Berpendapat bahawa apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan
Saudara Kon-El,
Terima kasih kerana menambah lagi input yang baik untuk dikongsi bersama. Nampaknya saudara telah membuat satu penilaian yang baik untuk watak Lex Luthor.
Alasan ‘ingin menguasai dunia’ memang lebih logik jika dibandingkan dengan ‘ingin memusnahkan dunia’.
Sama-sama saudara Firdaus. Sekadar berkongsi pandangan saya bersama sahabat-sahabat yang lain untuk manfaat bersama.
Jika kita perhatikan, perkembangan watak jahat yang baik dan menarik tidak dilakukan secara mendadak. Kita sendiri dapat melihat proses transformasinya. Contohnya bagi watak Anakin, kita dapat perhatikan sifat dan perubahan tingkahlakunya bermula dari episod pertama lagi. Watak Lex Luthor dalam siri Smallville juga dikembangkan dari episod ke episod. Malah, terdapat beberapa episod yang lebih memfokuskan kepada watak beliau berbanding watak utama, Clark Kent.
Cara ini menjadikan watak itu lebih berkesan di hati penonton/pembaca kerana mereka lebih memahami kenapa watak itu jadi begitu. Malah, mungkin terdapat penonton/pembaca yang lebih meminati watak jahat berbanding watak hero.
Usaha PTS untuk menerbitkan novel-novel secara bersiri merupakan satu usaha yang bagus kerana penulis dapat mengembangkan lagi watak-watak yang terdapat dalam novel mereka. Novel tunggal selalunya lebih fokus kepada watak hero/heroin dan agak terhad untuk mengembangkan pelbagai watak kecuali halamannya tebal.
Assalamualaikum,
Berbicang tentang Smallville, saya akui, saya lebih meminati karekter Lex Luthor berbanding Clark Kent. Lex nampak lebih real, kacak (walaupun botak), dan berpendirian teguh, pendek kata lebih tertonjol sifat kelelakiannya. Clark, tanpa kuasa istimewa dalam dirinya, nampak lembik.
“Dalam Smallville pun watak ‘villain’nya berkembang sama hebat dengan watak clark, satu penerangan yang mudah untuk ‘ a hero is as good as it’s villain’.”
Sebagai salah seorang peminat Smallville, saya lihat ada satu parallel antara watak Lex dan Clark, dan juga mungkin Lois Lane sekali. Mereka datang dari background yg sgt berbeza, tapi mereka ada persamaan dari segi watak ayah2 kandung mereka - Jor-El, Lionel Luthor dan General Sam Lane. Ketiga2 mereka ini sangat harsh kepada anak2 mereka, dan sudah tentu memberi impak yg besar terhadap pemikiran Clark, Lex dan Lois.
Bagi saya motif Lex adalah sama seperti Hitler. Dia percaya apa yang dia lakukan adalah untuk kebaikan dunia, dia tak melihat dirinya sebagai jahat, sebaliknya sebagai penyelamat. For him, the end justifies the means.
Dia tak rasa bersalah apa2 apabila dia menjalankan eksperimen dan penyeksaan terhadap meteor freaks, kerana apa yg dia mahu ialah bala tentera with superpowers yg akan membantu mereka the next time mereka diserang oleh makhluk2 seperti Zod (alien invasion) ataupun ancaman2 yg lainnya. Dia juga percaya org2 seperti Green Arrow, the Flash adalah “terrorist” dan perlu diperangi. (”We must fight fire with fire!”)
“Berbicang tentang Smallville, saya akui, saya lebih meminati karekter Lex Luthor berbanding Clark Kent. Lex nampak lebih real, kacak (walaupun botak), dan berpendirian teguh, pendek kata lebih tertonjol sifat kelelakiannya. Clark, tanpa kuasa istimewa dalam dirinya, nampak lembik.”
Bagi saya, masalah Clark hanyalah kerana dirinya yang masih terlalu obses dengan watak Lana Lang. He puts her on a pedestal, dan masih tak nampak2 lagi yg segala yg Lana lakukan berpunca daripada dirinya sendiri and due to her own choices. Hampir setiap episod Clark menyalahkan dirinya atas apa yg terjadi ke atas Lana, dan kadang2 menyebabkan Clark sendiri hilang pertimbangan dan mengabaikan prinsip2nya.
Dua2nya sama sahaja, dua2 pun lembik, Lex ataupun Clark, masing2 rela menjadi backpocket guys for Lana Lang. Watak mereka berdua ni jadi sangat menarik apabila plot masing2 tak melibatkan Lana. In terms of storytelling, her character usually drags down the whole show.
Saya kurang setuju kalau Clark dibilang lemah. Memang benar kadang-kadang dia terkesan kurang tegas dan kurang berani tetapi dibanding dengan seorang Lex yang serakah, licik dan mau menghalalkan segala cara, jelas lebih baik Clark.
Clark sekalipun masih muda dia berintegritas tinggi, suka mengorbankan diri demi kepentingan orang banyak, pengasih, sekalipun punya banyak kesempatan untuk menyalahgunakan kekuatannya tetapi dia tetap berusaha mengendalikan diri.
Menurut saya dia pantas dijadikan teladan. Namun di sisi lain saya juga menaruh kasihan kepada Lex, dia berusaha menjadi baik seperti Clark tetapi seakan-akan nasib hanya membawa dia ke arah kegelapan. Seperti Anakin. Berjuang menjadi ksatria Jedi yang baik. The Chossen One. Tapi mennghadapi tekanan-tekanan dan berpindah ke kuasa gelap.