Backstory

June 8th, 2007

Karya-karya Fantasi dan Fiksyen Sains berlaku di dalam dunia rekaan, dengan teknologi khayalan dan juga budaya yang dicipta. Namun begitu, watak-watak Fantasi dan Fiksyen Sains masih tetap realistik dan diminati ramai. Watak-wataknya mendalam dan mempunyai karekter tersendiri yang kuat.

Dalam mencipta watak, pengarang menggunakan satu literary device yang dinamakan backstory. Secara kasarnya boleh diterjermah sebagai certita latar belakang. Ikut slanga jalanan pula, belakang punya cerita.

Backstory merujuk kepada peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada watak itu sebelum tempoh masa dalam cerita utama. Lihat Star Wars misalnya, setiap watak yang muncul dalam filemnya diciptakan kisahnya tersendiri dan dimuatkan dalam siri ensiklopedia Star Wars. Lengkap dengan biodata watak, kisah yang dialami, musuhnya, kepercayaan, dan kebolehan. Bukan itu sahaja - segala kapal, senjata, dan kenderaan yang ada turut diperincikan siap dengan spesifikasi teknikal dan nama pembuatnya. Ensiklopedia Star Wars adalah lebih mahal daripada VCD atau DVD filemnya.

230px-silmarillionbook_lr.jpg

J.R.R Tolkien pula memuatkan backstory dunia Lord of the Ring dalam buku the The Silmarillion. Dalam karya-karya Fantasi, dunia fantasi itu sendiri adalah watak. Dengan backstory yang begitu terperinci maka tidak hairanlah dunia LOTR begitu mengagumkan bagi pembaca-pembaca dan penonton-penonton.

Backstory memberi motif kepada watak-watak untuk mengambil tindakan dan berinteraksi dengan watak-watak lain. Contohnya dalam LOTR ia memberi sebab mengapa Frodo memiliki cincin Sauron yang diwarisi daripada Bilbo Baggins. Dalam kisah Naruto pula ia memberi sebab mengapa watak Naruto bertindak begitu nakal yakni kerana dia disisihkan komuniti dan tiada penjaga. Doraemon pula mempunyai sebab kenapa dia takutkan tikus iaitu telinganya pernah digigit tikus.

Backstory juga diberikan kepada puak-puak atau negara-negara yang wujud dalam sesebuah dunia fantasi. Ini dapat memberikan sebab yang kukuh dan munasabah untuk mereka berperang atau bekerjasama.

Selain itu, backstory yang kukuh juga memberi asas yang baik untuk mengembangkan empayar fantasi sesuatu karya. Contoh terbaik adalah Star Wars dengan enam siri teras filemnya, siri animasi Clone Wars antara episod kedua dan ketiga, kisah-kisah Knights of the Old Republic sebelum episod satu dan game Jedi Knight Academy setelah episod enam. Jadi, karya yang dicipta dapat menjadi saga yang berpanjangan.


6 Responses to “Backstory”

  1. Elvish Preshley « halwa romantis 互动 on June 12, 2007 10:15 pm

    [...] dengan bintang pop Elvis Presley. Golongan kedua hanya menulis “Elvish”. Blog Studio Inspirasi memberikan saya ilham menulis kali [...]

  2. rastom on June 12, 2007 10:16 pm

    hehehe

  3. SifuPTS on June 13, 2007 1:04 pm

    Tuan Profesor Kecil,

    Bolehkah tuan terangkan apakah ciri-ciri back story yang baik? Terima kasih!

  4. syahid on June 17, 2007 2:34 pm

    hmm. rasanya penulisan buku ini lagi sukar dari karya trilogi tolkien tu. pernah juga baca reviewnya di internet.

  5. Studio Inspirasi » A Hero is Only as Good as its Villain on June 20, 2007 9:06 am

    [...] Aspek yang tertinggal di sini ialah motif dan personaliti. Benar, watak itu jahat tetapi persoalannya mengapa ia melakukan kejahatan tersebut? Ini berkait rapat dengan pembinaan backstory. [...]

  6. Studio Inspirasi » Crossover on July 2, 2007 9:57 am

    [...] jalan cerita yang mereka ada. Watak-watak DC Comics seperti Superman dan Batman tidak mempunyai backstory yang konsisten dan boleh diharap maka Crisis juga diharap menyelesaikan masalah continuity error [...]

Trackback URI | Comments RSS

Leave a Reply

Name (required)

Email (required)

Website

Speak your mind