Dari Arkib: Epidemik
Hari ini, saya menyorot antara buku fiksyen sains terawal dalam koleksi.Bertajuk Epidemik, buku ini adalah antologi cerpen-cerpen pemenang Hadiah Cereka Sains 1989. Pertandingan tersebut adalah tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Persatuan Ahli-ahli Sains Malaysia.

Antologi ini adalah kelolaan Dr. Sharifah Barlian Aidid dan diterbitkan oleh Utusan Publications. Enam cerpen dimuatkan dalam antologi ini dan kesemuanya ditulis oleh pelajar sekolah menengah. Buku ini memang disasarkan untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Tajuk-tajuk cerpen dalam antologi ini adalah seperti berikut:
- Pejuang Warisan Alam
- GXTM-II
- Epidemik
- Pengembaraan Yang Mencemaskan
- Pengembaraan Ke Planet Pluto
- Demi Kebahagiaan Semua
Cerpen Epidemik menonjol kerana tema yang dibawa berbeza daripada cerpen-cerpen yang lain. Tema utamanya adalah bioteknologi dan penyakit berjangkit. Juga digabungkan dengan konolisasi angkasa lepas sebagai latar.
Pejuang Warisan Alam, Pengembaraan Ke Planet Pluto dan Demi Kebahagiaan Semua membawa satu tema yang sama - iaitu pencemaran radioaktif. Ketiga-tiganya mencari penyelesaian untuk pencemaran dan keracunan radioaktif yang berlaku di masa hadapan. Cuma cara watak-watak dalam cerpen itu mendapatkan teknologi tersebut berbeza.
GXTM-II pula mengisahkan sekumpulan saintis yang mencipta bahan kimia untuk menggantikan CFC. Digarap pula dengan pertembungan dengan pihak yang tamak kuasa dan wang.
Pengembaraan Yang Mencemaskan Pula cerpen tentang mengecilkan sekumpulan orang untuk masuk ke dalam manusia. Kemudian merawat penyakit pada peringkat sel. Bunyinya seperti sebuah filem barat. Adaptasi versi Malaysia mungkin.
Jalan cerita dan konsep dalam cerpen-cerpen ini mungkin mudah tetapi ia tetap memberi gambaran tentang perkara-perkara seperti elektron, mikrobiologi dan penciptaan bahan kimia. Sesuai dengan aras tingkatan 4 & 5. Jika pelajar universiti, tentunya saya mengharapkan tahap yang lebih tinggi.
Dari aspek kemanusiaan pula, cerpen-cerpen ini memaparkan etika saintis yang tinggi. Kesemua watak utama menggunakan sains untuk kesejahteraan manusia. Semangat Malaysia boleh juga nyata, rata-rata watak mengharumkan nama negara di akhir cerita.
Saya tertanya-tanya. Adakah masih wujud Hadiah Cereka Sains seperti ini? Jika ada, mana pula bukunya?
Filed under Cerpen, Fiksyen Sains, Malaysia | Comments (5)Running Gag
Running gag ialah lawak yang berlaku secara berulang dalam sesuatu siri. Ia dipersembahkan dalam bentuk dialog, perlakuan atau visual. Ada running gag yang tidak sengaja, ada juga yang sengaja dibuat oleh penulis.

Running gag yang sengaja selalunya digunakan untuk menunjukkan kelemahan sesuatu watak. Siri Doraemon banyak memuatkan running gag untuk tujuan ini. Contohnya Doraemon yang akan mengeluarkan segala macam benda dari poketnya apabila dalam keadaan cemas. Ini menunjukkan sikap paniknya.
Kelemahan Nobita dalam akademik pula ditunjukkan melalui markah ujiannya yang sentiasa kosong. Suara Takeshi (Giant) yang tidak merdu pula ditunjukkan melalui orang-orang menutup telinga atau pengsan mendengar nyanyiannya.
Dalam siri Stargate pula, ada running gag yang merujuk kepada ketidakfahaman Kolonel O’neill tentang sains. Dia akan mengatakan ‘magnets’ apabila berhadapan dengan teknologi atau fenomena yang tidak dapat diterangkan.
Siri ini turut memuatkan running gag yang tidak melibatkan watak-watak utama. Contohnya apabila berlaku sebarang letupan dalam kamar Stargate setiap kali itulah askar yang sama akan tercampak. Tidak pun dia tercampak apabila cuba mematikan bekalan elektrik.
Pada hemat saya, running gag adalah sesuai digunakan dalam karya yang bersiri. Lawak yang berulang dalam satu buku atau filem akan membosankan pembaca dan penonton. Bagi sesiapa yang merancang karya bersiri, running gag adalah sesuai untuk mengembangkan sesuatu watak. Anda juga akan mengetahui siapa peminat setia anda apabila mereka boleh mengesan running gag anda!
Filed under Fiksyen Sains | Comments (2)Notis: Bengkel II Fiksyen Fantasi & Sai-Fai Sabtu 28hb Julai - Gratis
Tarikh: 28 hb Julai 2007
Tempat: Sekolah al-Ikhlas, Taman Permata KL.
Masa: 10 pagi - 5 petang
Pembimbing 1: Otai Sdr Mat Jan
Pembimbing 2: Saudara Firdaus Ariff.
Daftar di http://www.universitipts.com/?p=2053.
“Misi PTS adalah “Memandaikan Bangsaâ€. Maka, buku-buku fiksyen fantasi yang bakal diterbitkan nanti adalah buku-buku fantasi yang membantu pembacanya menjadi individu yang lebih pandai, berbanding dengan waktu sebelum dia membaca buku-buku itu. Buku-buku fantasi PTS tidak akan memberikan cerita-cerita yang anti-tauhid, yang anti-ilmu, ataupun anti-sains.Sebaliknya, fiksyen fantasi PTS adalah pro-tauhid, pro-ilmu dan pro-sains.
Justeru, sambil membaca cerita-cerita fantasi PTS itu kanak-kanak dan remaja dapat mempelajari maklumat-maklumat baru dan istilah-istilah baru yang tidak ada dalam buku-buku teks sekolah yang mereka harus baca demi lulus peperiksaan.”
Nota: Sifu akan hadir sebagai peserta.
Filed under Fantasi, Fiksyen Sains, Pengumuman | Comment (0)Mengintai Masa Hadapan

Seringkali kita kagum meilihat teknologi-teknologi yang dipaparkan dalam karya-karya fiksyen sains. Robot, kapal angkasa, teleportation, dan pelbagai teknologi canggih masa hadapan.
Kadangkala, teknologi yang dipaparkan adalah di luar imaginasi kita. Iklan dalam mimpi misalnya, atau kenderaan yang bergerak di dinding. Lebih bagus lagi, kesemua teknologi itu dipaparkan dengan realistik dan membuat kita yakin bahawa teknologi seperti itu akan wujud.
Seorang tokoh fiksyen sains pernah berkata, fiksyen sains yang baik adalah didasarkan pada konsep sains yang baik. Itu yang membuatkan teknologi yang dipaparkan itu realistik dan penulis pula mampu memberi penerangan yang munasabah dalam karya mereka.
Filed under Fiksyen Sains | Comments (3)Agama & Etika
Mungkin anda pernah melihat siri Fullmetal Alchemist di TV3. Watak utamanya ialah Edward Elric, seorang ahli alkemi yang hebat. Siri FMA nampak seperti siri animasi kanak-kanak yang biasa tetapi ia sebenarnya membawa persoalan tentang ketuhanan, keagamaan dan etika.
Watak utama siri ini tidak percaya kepada Tuhan dan percaya pada hukum alkemi semata-mata. Antara misi terawalnya adalah membongkar kepalsuan seorang paderi. Dia membongkar penipuan paderi itu yang mengatakan alkemi yang dilakukannya sebagai keajaiban dari Tuhan.
Filed under Animasi, Fantasi, Jepun | Comments (8)
