Soalan Daripada Pembaca Blog
Saya baca di blog cik bahawa cik pernah buat diskusi tentang buku Dune. (Can I write in English?)
Personally, how do you feel about how Frank Herbert use influen Islam & Melayu in his Dune saga?
Should we be proud that Frank Herbert use Islam as an influence?
What can we as Muslims learn from Dune?
So far, yg boleh dibelajar ialah litani ini:
I must not fear.
Fear is the mind-killer.
Fear is the little-death that brings total obliteration.
I will face my fear.
I will permit it to pass over me and through me.
And when it has gone past I will turn the inner eye to see its path.
Where the fear has gone there will be nothing.
Only I will remain.
Ole-ole Tahun Baru

Tahun lepas saya agak menyepi, ditimbun kerja-kerja Projek Tahun Akhir untuk memenuhi keperluan graduasi kemudian terus berturut pula dengan Program Permata Pintar. Kini saya kembali dan untuk memulakan kembara baru ini saya persembahkan kalendar 2010 yang direka oleh Tuan Robot. Semua gambar kucing tersebut diambil oleh saya dan kebanyakannya adalah kucing yang dipelihara oleh sifu saya Pn. Ainon Mohd.
Download di sini.
Selamat melangkah ke tahun baru!
Filed under IT | Comment (1)Program Perkhemahan Cuti Sekolah PERMATApintar
Tugas sebagai instruktor penulisan Bahasa Melayu dalam program PERMATApintar merupakan satu tanggungjawab dan juga penghormatan bagi saya. Dengan 15 pelajar pintar cerdas, dalam 15 hari saya akan sama meneroka dan belajar tentang penulisan.
Setakat ini, baru dua hari telah berlalu dan mereka telah menulis karangan, review, serta pantun.
Insya-Allah, saya akan menulis lagi di sini tentang perkembangan kelas saya.
Filed under Uncategorized | Comment (0)Novel Armada Azur Dibeli PNM

Saga Empayar Kristal: Armada Azur
Alhamdulillah, novel Saga Empayar Kristal telah dipilih untuk pembelian terus Perpustakaan Negara Malaysia sebanyak 1089 naskhah. Terima kasih kepada tim PTS, rakan-rakan dan keluarga yang menyokong saya selama ini. Juga terima kasih buat para pembaca yang telah membeli Armada Azur.
Filed under Majalah, Novel | Comments (3)




